face oil

How I met Mary Jardin

Wednesday, January 18, 2017



Bismillahirrahmanirrahim,

alhamdulilah siap juga design blog ni dalam masa 2 minggu, hahaha gigih siapkan masa anak tidur tengahari.sebab itu la jadi sampai 2 minggu hehe

1st post di blog ni nak cerita how i met Mary Jardin,ecece tajuk.kemain.just a short story before anak bangun haha

start bulan November 2016 tiba tiba scroll Facebook tiba tiba macam eh kenapa banyak sangat warna Lavender di newsfeed ni?rupa rupanya Mary Jardin la punya kerja.masa tu baru 2 orang kawan fb mira yang jadi agent MJ ni.itu pon dah penuh warna purple di newsfeed. masa tu macam eh malas nak baca ahaha scroll laju laju je bila nampak post iklan MJ ni.hahaha

lepas tu ada la satu hari tu nuyun post pasal promosi Face Oil RM55 je dari harga RM65.masa tu tak tahu pon face oil ni boleh buat apa.baca baca banyak rupanya benefit face oil ni,yang penting Face Oil ni 100% Natural dan Organik! nanti mira buat post lain pasal ni ok.kebetulan tengok face oil ni boleh rawat eczema juga.memandangkan anak mira ada yang eczema ok beli la cuba tengok macam mana.dapat dapat je face oil ni terus cuba pada muka.serius rasa best sangat!eh minyak apakah ini yang tak berminyak bila sapu di muka?haha

dalam seminggu pakai yang mira perasan muka dah tak kering dan kurang berminyak!seronok betul rasa masa tu.terus risik risik suami nak beli basic set haha sebab mana nak dapat organik skincare yang murah macam ni weeee

lepas tu nuyun post pula CEO MJ Dr.Maryam ada nak buat talk di group FB pasal dia buat sale SEJUTA DALAM MASA 3 BULAN,terus woww!haha terus berminat nak tahu. lepas je dengar talk Dr Maryam malam tu terus cakap pada suami,
"Abang, sayang nak join Mary Jardin la"

alhamdulilah suami restu dan mira niat nak join MJ ni untuk tolong keluarga mira dan nak bebas hutang.beli baju utk anak ke.oppss.haha 14 Dec 2016 mira start join MJ ni dan alhamdulilah dalam masa 2 minggu, mira dapat buat sale RM860!banyak sgt dah tu bagi mira yang newbie dalam MJ ni.

ada yang nak tahu macam mana mira dapat buat sale sebanyak tu?

bersambung.... (acah acah novel)